Hancurnya Penantian Alexandria

Wahai Alexandria. Negeri Tuhan ini sunggu indah. Orang-orang disekitar semuanya bergembira seakan hari-hari mereka penuh dengan suka dan bahagia. Alexandria, kau sungguh jauh dari tempatku, sungguh jauh. Ingin sekali ku pergi ke sana untuk melihat tanah indahmu itu dengan semua jiwa yang sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
.
.
Kenapa aku terlalu menyukaimu Alexandria. Ada apa padamu yang membuatkan aku menulis tetang mu? Tidak banyak yang bisa aku ceritakan mengenai Alexandria selain pasir, panas dan dingin, serta kehidupan majoriti Muslim yang mendiaminya. Sudah terlalu aku menunggu jiwa suci yang tinggal di sana. Bertahun-tahun aku menulis harapan agar selama kami berkenalan, kami senantiasa memikirkan satu sama lain.
.
.
Namun, jarak masa dan tempat terbukti menghalang kaami untuk merapatkan jurang minda. Aku pelikk dengan karenahnya yang sentiasa tidak mengerti maksu perbualan ku. terkadang aku ini terlalu jahat dan terkadang aku ini terlalu baik dan terkadang ada saja aku ini dianggap keanak-anakan. Wahai Alexandria, apa yang berlaku padanya sehingga dia menjadi seperti ini, apa atau dia emang sudah begini dari awalnya.
.
.
Sumpah demi Allah, aku menyebut namanya dalam doaku, aku menyimpan wajahnya dalam niatku agar kelak aku bisa membina keluarga bersama-sama. Sementara lima tahun itu sudah terlalu panjang bagiku, dia menginginkan lagi tambahan waktu, entah berapa lama aku setujukan sahaja kerana memaksa dan paksaan itu bukan sifatku. Aku biarkan dia menyepi selama hari-hariku di sini penuh dengan hitungan jam dan detik. Aku sering menghubunginya namun balasnya memudarkan senyumku. "Jangan hubungi saya saat saya belajar, minggu hadapan saya menduduki ulangan, jadi bisa ya dibiarin saya sendirian tanpa diganggu".
.
Wahai wanita yang ingin aku jadikan isteri, paa minta mu aku berikan, turutkan dan tiada satupun aku ragukan. tetapi masa tidurmu adlah masa bangunku. Malam mu disana adalah siangku disini. Bila sahaja aku ingin menghubungimu kau sudah lena diulit mimpi tentang keluargamu. AKu enunggu sehingga lelapku membangunkan mu. Dan kau tidak pernah untuk menghubungiku.
.
.
Wahai Alexandria, perhatikan kemana saja dia pergi, jagalah dia, jangan biarkan dia disakiti sesiapa pun. Aku tidak pernh mencintai sesiapa seperti ini. Jauh benar sudah perjalananku ini menyelusuri perasaan kamu. Apa kamu berjalan di jalan yang sama atau kau membina jalanmu sendiri? Ternyata selama khabramu tidak ku dengar, tanggapanmu hitamku semakin benar-benar gelap. Kau dengan tiba-tiba membalas kat ahello ku dengan menyuruhku untuk pergi. Entah kau menjerit atau tidak, tetapi kata-katamu itu telah membuat aku untuk melihat kelangait sepanjang hari agar air mataku tidak mengalir di pipiku.
.
.
Aku seakan makin hilang kawalku. Aku sesat dalam maksud arahanmu itu. Kau memberikan alasan bahawa aku ini tidak pernah membuatmu gembira, apa maksudmu itu? Jadi selama ini, ketawa mu dari ulahku itu semuanya apa? Lakonan? Masa ketawa bisa dilakonkan. Eh iya, emang bisa kerana kau sudah lama berlatih untuk saat pementasan seperti ini dan aku peran utamanya. Yang akan menjadi perhatian penonton.
.
.
Wahai kaksih tidak dianggap, aku akur dengan keinginanmu. Untuk aku pergi menjauh dan terus menjauh darimu. Ingin ku titip salam untuk dirimu tetapi cepat-cepat kau menutup pintu dengan kunci yang kau tanam jauh di dalam perigi tidak berair. Kau timbus semuanya agar tidak terjumpa kembali perasaan yang telah payah aku bina untukmu.
.
.
Nur Athirah Lee. Aku masih ingat sewaktu PLKN, kau seakan mengingatkan padaku bahwa aku masih punya harapan untuk mencintai orang yang benar. Orang yang benar-benar bisa membawaku untuk kembali keatas pedoman Tuhan. Aku percaya semua ini namu kepercayaan ku ini tidak setanding dengan keraguan mu. Wajah, ketawan dan tindakan mu seuanya hanya lindungan dari kaca mata sebenarku.Apa yang tidakbisa ku lihat kau luahkan akhirnya. 
.
.
Aku mengalah. DAn ya kau menang, berjaya menghilangkan rasa kasihku kepadamu. Apa sudah kau berasa puas dengan pihihanmu. Benarlah aku tidak sesuai bagimu. Adakah kerana sifatku, atau keluargaku? atau masa depanku yang tidak secerah masa depanmu. sakit sungguh hatiku bila membaca surat balasan darimu. Tetapi jangan kau khuatir, kerana kau punya pandangan khusus untuk perhubungan seperti ini. Sesiapa yang bercinta atas dasar terpaksa, cint aitu akan membesar dengan rasa terpaksa dan semuan yang bermula dengan terpaksa akan tersiksa dan meminta untuk diberhentikan siksaan ini. 
.
.
Ya Allah, berikan aku jalan untuk menemui sekali lagi wanita sepertinya. Berbeza parasnya tidak mengapa asal hatinya sepertia dia. Amin

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMANKU