Disediakan oleh : nuzul aryus
Email : arsymonrinnn11@gmail.com

Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 yang terbesar

KUALA LUMPUR- Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 mencatatkan rekod kehadiran terbesar iaitu seramai 13,000 orang selepas sembilan edisi dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Bermula seawal jam 8 pagi, 15 Oktober lalu, menyaksikan ruang Dewan Tun Razak dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sarawak terutamanya penuntut institut pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia. Karnival tahunan itu bertambah meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu. Program tersebut dimulakan dengan ekspo kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan penuntut Sarawak di sana. Selain itu, pengisian Randau Bersama Menteri atau Tanya Menteri turut menarik minat pengunjung untuk bertanya soalan serta berdialog secara terus bersama barisan pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan.


Kelibat pemimpin nombor satu negeri, Tan Sri Adenan tenang ketika diajukan soalan serta memberikan penerangan semasa menjadi tetamu khas dalam slot eksklusif, Santai Bersama Tok Nan. Pada sebelah malamnya pula, iaitu kemuncak, majlis makan malam dan pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diiringi isterinya, Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib. Hadir sama, Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Penganjur Program Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani serta pemimpin negeri lain. Majlis makan malam itu turut diselitkan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada artis-artis tempatan kelahiran Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMANKU