PENGALAMANKU

                                                           

                                               Gambar ayah ketika aku berusia 10 tahun

Jumaat ini aku pulang ke rumah, untuk berjumpa ayah, ibu dan keluarga yang dirindui. Sudah lama rasanya diri menjauh tinggal di asrama agama yang sering memberi mimpi ngeri. Hanya Allah yang rahsia hatiku, betapa aku ingincepat-cepat memeluk erat tubuh ayahku yang sedang bertarung maut menunggu ajal di atas katil usang dibiliknya. Ku genggam erat tangan adikku yang saat itu merasakan apa yang aku rasa. Seusai tapak kaki ini sampai di halaman rumah, kedengaran suara-suara cemas. Seakan-akan ada malapetaka yang berlaku, ibu berlari kesana kemari, kakak ku yang lain tiba-tiba sahaja mengusung kerusi malas bersama ayahku diatas kerusi itu, terdiam tiada kata, menutup mata sedang tidur. Apa yang berlaku? Hati tenang jadi bergelora, raut wajah mereka semuanya bermaksud duka.

Selepas sahaja kalimat terakhir azan asar menyeru umat islam menunaikan solat, ketika itu juga ayah ku mengucap syahadah. Pengalaman apakah ini, sehingga usia ku yang terlalu muda direnggut kencang seakan nyawa ku bertebaran dalam gelap belum bersedia untuk menerima takdir. Laillahaillah Muhammadu Rasulullah, ucapan akhir dari bibir ayahku.
Merebah ibuku di lantai ambulan, belum berganjak kami dari klinik desa, sudah Allah putuskan semua rencana. Suana pilu dan senyap mengiringi sekembalian kami ke rumah. Adik ku yang masih kecil entah tahu atau tidak maksud pemergian ini, namun di matanya dapat ku lihat airmata halus mengalir perlahan. Lantas ku peluk erat, kucapai tangannya dan berkata “wahai adik ku, Allah Maha Kuasa, hai ini ayah sudah pergi menemui-NYA, bersabarlah kerana Allah lebih menyayanginya”.

Pada malam itu, satu keluarga mengelilingi jenazah ayah yang terbaring di tengah rumah menghadap kiblat. Bacaan yassin tidak pernah berhenti dari bibir ku, mata ku ini seakan tidak pernah kenal tidur senantiasa sedar menahan perasaan yang masih kaku. Selesai sahaja, memandikana, memakaikan pakaian putih, jenazah ayahku diusung dengan salawat nabi sehingga dia betul-betul di dalam rumahnya yang terakhir. Semakin hilang tubuhnya ditimbus tanah merah. Adik kecil bertanya, “abang, bila lagi ayah akan pulang?” Mendengar soalan itu, ibu hanya mampu terdiam menggenggam erat yassin di dada sambil berusaha duduk tenang untuk bersama-sama mendengar talkin.


Upacara pengebumian ini sudah berakhir, mentari juga semakin jauh membawa pergi bayang-bayang membawa erti hari akan berganti. Namun aku yakin, aku punya tanggunjawab yang sangat besar selepas ketiadannya, untuk menjaga keluarga dan berdoa untuk ketenangan ayah di sana.

Comments

Popular posts from this blog