Posts

Showing posts from November, 2016

PEMUJUKAN : IKLAN PRODUK

Image
Image
Disediakan oleh : nuzul aryus Email : arsymonrinnn11@gmail.com Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 yang terbesar KUALA LUMPUR - Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 mencatatkan rekod kehadiran terbesar iaitu seramai 13,000 orang selepas sembilan edisi dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Bermula seawal jam 8 pagi, 15 Oktober lalu, menyaksikan ruang Dewan Tun Razak dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sarawak terutamanya penuntut institut pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia. Karnival tahunan itu bertambah meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu. Program tersebut dimulakan dengan ekspo kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan penuntut Sarawak di sana. Selain itu, pengisian Randau Bersama Menteri atau Tanya Menteri turut menarik minat pengunjung untuk bertanya soalan serta berdialog secara terus bersama baris
Kesalahan tatabahasa dalam keratan akhbar Kosmo, Jumaat, 12 Ogos 2016. Tajuk: Pemanasan global bebas kuman berbahaya. Oleh: Kosmo Kesalahan: ….manakala pihak berkuasa terpaksa mengerahkan beratus-ratus pekerja penyelamat dan askar bagi membendung kuman itu daripada terus merebak. Pembetulan: ….manakala pihak berkuasa terpaksa mengerahkan beratus-ratus pasukan penyelamat dan askar bagi membendung kuman itu daripada terus merebak. Kesalahan: Kata saintis-saintis , punca jangkitan tersebut adalah pemanasan global yang menyebabkan lapisan ais di Semenanjung Yamal mencair dan mendedahkan bangkai-bangkai rusa kutub tercemar bakteria antraks. Pembetulan: Para saintis menyatakan , punca jangkitan tersebut adalah pemanasan global yang menyebabkan lapisan ais di Semenanjung Yamal mencair dan mendedahkan bangkai-bangkai rusa kutub yang tercemar dengan bakteria antraks. Kesalahan: Bakteria terpendam itu menjangkiti rusa kutub yang me

PENGALAMANKU

Image
                                                                                                            Gambar ayah ketika aku berusia 10 tahun Jumaat ini aku pulang ke rumah, untuk berjumpa ayah, ibu dan keluarga yang dirindui. Sudah lama rasanya diri menjauh tinggal di asrama agama yang sering memberi mimpi ngeri. Hanya Allah yang rahsia hatiku, betapa aku ingincepat-cepat memeluk erat tubuh ayahku yang sedang bertarung maut menunggu ajal di atas katil usang dibiliknya. Ku genggam erat tangan adikku yang saat itu merasakan apa yang aku rasa. Seusai tapak kaki ini sampai di halaman rumah, kedengaran suara-suara cemas. Seakan-akan ada malapetaka yang berlaku, ibu berlari kesana kemari, kakak ku yang lain tiba-tiba sahaja mengusung kerusi malas bersama ayahku diatas kerusi itu, terdiam tiada kata, menutup mata sedang tidur. Apa yang berlaku? Hati tenang jadi bergelora, raut wajah mereka semuanya bermaksud duka. Selepas sahaja kalimat terakhir azan asar menyeru umat isl