Kesalahan tatabahasa dalam keratan akhbar Kosmo, Jumaat, 12 Ogos 2016.

Tajuk: Pemanasan global bebas kuman berbahaya.

Oleh: Kosmo


Kesalahan:

….manakala pihak berkuasa terpaksa mengerahkan beratus-ratus pekerja penyelamat dan askar bagi membendung kuman itu daripada terus merebak.

Pembetulan:

….manakala pihak berkuasa terpaksa mengerahkan beratus-ratus pasukan penyelamat dan askar bagi membendung kuman itu daripada terus merebak.

Kesalahan:

Kata saintis-saintis, punca jangkitan tersebut adalah pemanasan global yang menyebabkan lapisan ais di Semenanjung Yamal mencair dan mendedahkan bangkai-bangkai rusa kutub tercemar bakteria antraks.

Pembetulan:

Para saintis menyatakan, punca jangkitan tersebut adalah pemanasan global yang menyebabkan lapisan ais di Semenanjung Yamal mencair dan mendedahkan bangkai-bangkai rusa kutub yang tercemar dengan bakteria antraks.

Kesalahan:

Bakteria terpendam itu menjangkiti rusa kutub yang memakan rumput di kawasan tersebut sebelum berjangkit kepada manusia.

Pembetulan:

Bakteria terpendam itu menjangkiti rusa kutub yang meragut rumput di kawasan tersebut sebelum berjangkit kepada manusia.






Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMANKU