Disediakan oleh : nuzul aryus Email : arsymonrinnn11@gmail.com Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 yang terbesar KUALA LUMPUR - Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 mencatatkan rekod kehadiran terbesar iaitu seramai 13,000 orang selepas sembilan edisi dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Bermula seawal jam 8 pagi, 15 Oktober lalu, menyaksikan ruang Dewan Tun Razak dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sarawak terutamanya penuntut institut pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia. Karnival tahunan itu bertambah meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu. Program tersebut dimulakan dengan ekspo kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan penuntut Sarawak di sana. Selain itu, pengisian Randau Bersama Menteri atau Tanya Menteri turut menarik minat pengunjung untuk bertanya soalan serta berdialog secara terus bersama baris...